Tuesday, December 9, 2008

pertama.

Di sini bermula langkah.

Izinkan saya belajar menulis.Moga-moga nanti dikira Allah subhanawata'la sebagai hujah yang menyelamatkan di akhirat kelak.Allah Maha Pemberi Rahmat.

Salam'alaikum.

Tulisan pertama bermula di aidil adha.Terkesan dengan beberapa bijaksana risalah online yang lainnya,yang sedaya upaya meyakinkan bahawa alam ini punya penciptanya,dan nafas ini punya pemiliknya.

Kenapa menulis?

Saya beranggapan bahawa menulis adalah jalan terbaik untuk menyampaikan sesuatu mesej yang banyak secara berkesan.saya selalu menghadapi masalah tidak dapat berkomunikasi secara lisan dengan baik kerana mesej-mesej yang kurang tepat disampaikan atau salah dicernakan.Menulis membantu menyusun kerangka pemikiran yang baik,dan sekaligus melenyapkan kebarangkalian keserabutan dalam perhubungan.

kenapa saya terlalu formal?

sejujurnya?saya juga pelik dan tidak faham.mungkin sudah terlalu lama tidak menulis.

doakan saya kekal di sini.doakan saya bermanfaat untuk semua.

No comments: