Friday, January 16, 2009

Boikot Israel: Antara Matlamat dan Realiti Pelaksanaanya

Salam'alaikum.

Dalam beberapa hari ini,anda pasti telah atau akan menerima sms mengenai produk-produk yang sepatutnya anda jauhi agar tidak menjadi sekutu Israel secara tidak sedar.Pasti anda merasakan kesukarannya melakukan itu semua,apatah lagi secara drastik.Apa lagi dengan keperluan menghafal jenama-jenama yang perlu diboikot,agak banyak juga bukan?












Boikot atau pemulauan,penting untuk dihidupkan.Saya berpendapat ini adalah kerana 2 faktor,yang pertama untuk jangkamasa panjang,menguasai ekonomi adalah salah satu jalan kemenangannya.Yang kedua,kerana amat penting bagi kita muslim,untuk mewujudkan syi'ar,atau menzahirkan kebencian dan pembantahan atas apa yang dilakukan ke atas saudara-saudara kita.

Israel itu telah tanpa segan silu melakukan pembantaian ke atas Muslim di Gaza.Lantas kebencian ini perlu dihidupkan.Kepedulian,keprihatinan,kecintaan,perlu dizahirkan.Rasulullah bersabda:

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Siapa yang tidak mengambil berat akan hal ehwal umatku, maka dia bukanlah dari kalanganku"


Sejauh mana pemboikotan ini?Saya menjadi bosan kerana saban era pembantaian,produk-produk ini diiklankan untuk diboikot,namun tidak pernah lagi terdengar berita akan impaknya kepada syarikat-syarikat penjual.Lebih mengerikan,iklan-iklan boikot ini bermusim,dan tidak kekal lama.Beberapa masa nanti pasti iklan-iklan ini akan bersaing hangat dengan berita-berita yang 'penting' lain,sebagai contoh artis Norman Hakim dan Memey,Datuk Siti dapat hadiah jam,dan yang senada dengannya.

Lantas bagaimana?

Saya menyarankan agar kita perlu lebih fokus dalam pemboikotan.Pilih satu-satu barangan yang perlu diboikotkan.Contohnya,dengan mengadakan Kempen Boikot McDonalds,atau Benci Kopi Starbucks dan sebagainya.Jenama-jenama ini hendaklah dipilih dengan berfokus,terarah,dan memusat,agar dengan tepatnya barangan-barangan ini diboikot.














Dengan itu,sasaran pemboikotan itu jelas,dan alternatif produk itu akan lebih banyak diwujudkan.Sebagai contoh,di Malaysia kita ada Radix Fried Chicken untuk menggantikan McD barangkali.Kita juga ada ratusan kedai-kedai kopi yang tarafnya setanding dengan Starbucks,seperti Old Town White Coffee,Kopitiam,dan banyak lagi.Kalau pemboikotan ini menumpukan kepada,contohnya,hanya Starbucks sahaja,maka pasti alternatif kedainya akan lebih banyak diwujudkan,iklan-iklan dan promosi pemboikotannya akan lebih mudah dijalankan,dan yang lebih penting,matlamat utamanya,iaitu pembangkitan syi'ar Islam berupa kebencian dan ketidaksetujuan kita akan berjaya dicapai,ekoran kemuflisan Starbucks,contohnya.Pastinya di dada-dada akhbar serata negara (dan dunia mungkin) akan tertulis: Kemarahan Ummat Islam:Starbukcs Jatuh Rugi Nah,alangkah indahnya jika kesatuan ummat ini dapat dijelmakan hingga sedemikian rupa.Akan tampak jelas,betapa dunia Islam amat berang dengan tindakan Israel.


InsyaAllah,ini cuma saranan saya yang jahil.Mungkin anda mempunyai idea yang lebih bernas.Kongsi bersama saya.InsyaAllah,bersama,kita mampu mengangkat martabat ummat.

InsyaAllah.

muhammadblack
16 Januari 2009
ara damansara

5 comments:

Mr.T said...

Secara prinsipnya saya amat bersetuju dan menyokong usaha2 menegakkan syiar Islam spt yg tuan sebutkan..walau bagaimanapun, beberapa perkara perlu dilihat secara holistik sebelum tindakan "memusatkan" pemboikotan produk2 israel laknatullah dan sekutunya dibuat. Sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian, umat melayu Islam yang bekerja (secara tetap@part time)di francais yang saudara maksudkan adalah sangat ramai. Jadi pemboikotan ini mgkin akan menjurus kepada pembuangan kerja dsb. Tidak dinafikan mungkin Radix Fried Chicken mampu memberikan saingan. Namun untuk tempoh jangka masa pendek, pasti ramai yang akan terkesan akibat dibuang kerja@pengurangan hari bekerja dsb. Apakah perancangan kita untuk jangka masa pendek tersebut?

Kedua, saya berpendapat adalah lebih baik pemboikotan dibuat tanpa menetapkan produk@servis2 tertentu. Saya berpendapat perkara ini harus dilihat dari aspek jumlah import dan export. Memang tidak saya nafikan sekiranya pemboikotan dibuat secara khusus atau focus selalunya menunjukkan pulangan yang positif namun adalah lebih baik ianya dibuat secara total kerana ianya akan lebih memberi kesan kepada volume export dan import dari negara2 yahudi tersebut. Sebagai contoh, tidak semua suka mkn McD dan bukan semua menggunakan ubat gigi colgate. Atas alasan tersebut, memboikot barangan yahudi secara focus adalah kurang praktikal berbancding memboikot secara menyeluruh.

Saya berpandangan, pemboikotan harus lebih lasting – kukuh dan terus menerus; bukan hanya bila bumi Palestin berdarah baru nak bertindak. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana berjuang untuk menegakkan agama Allah. Tidak ramai pemuda-pemudi masa kini yang gemar memikirkan masalah agama. Lebih ramai yang mengutamakan hal lain spt jenama telefon bimbit, pakaian berjenama, kereta, kehidupan mewah artis barat dsb.

Wallahua'alam..

muhammadblack said...

1.saya setuju,pemboikotan perlu lebih lama,dan terus menerus,yang mana atas dasar itu saya mengatakan ada 2 faktor yang memerlukan pemboikotan,yang pertama menguasai ekonomi(jangkamasa panjang),dan yang kedua menunjukkan syi'ar(jangkamasa pendek).

2.rezeki adalah dari Allah.Allah yang menyampaikannya.justeru jika kita punya keyakinan atas ini,maka kita tidak khuatir akan kehilangan pekerjaan anak2 Islam.memang,pastinya hujjah ini akan kelihatan tidak matang,dan tidak ampuh untuk persoalan saudara.konon macam saya cakap nak cari kerja sekarang ni senang.namun,perlu ditegaskan,kita memboikot produk ini adalah juga kerana Allah,maka pasti Allah jua yang akan membantu hambaNya.dan jika ianya dilaksanakan secara menyeluruh,jika sambutannya hangat,luar biasa,mungkin,syarikat2 produk2 alternatif perlu juga menyediakan alternatif pekerjaan buat mereka.saya rasa ianya mampu dilakukan,jikalau punya keikhlasan dan kerjasama yang baik.tidak ketinggalan perancangan yang jelas dan lancar.

3.benar,memang tidak semua orang makan mcD,namun,cuba bayangkan,kalau tiada orang lansung yang makan,dalam satu-satu hari,bukankah aneh?pastinya,jikalau tidak menyumbang banyak kepada dapatan yahudi pun,namun ianya masih lagi mengejutkan dunia.ingat,ini juga adalah salah-satu matlamatnya,iaitu penghidupan syi'ar.

saya berterimakasih atas komen tuan Mr.T.sangat2 membina,saya rasa.insyaAllah bersama kita mampu melakukannya.

Syazwan said...

Pendapat yg bernas bro!

Apa yang paling penting,umat Islam harus ada kesanggupan dan tekad untuk boikot.Bukan sekadar agenda bermusim.

Eni said...

Salam.
if only I can share this post with others.... ^_^v

shazleeshahazeman said...

pls eni,tadahal.