Wednesday, February 18, 2009

Kenapa Islam Liberal?

Salam.

Kenapa perlu saya menulis berkisarkan Islam Liberal?

Soalnya,kenapa tidak?

Dalam keadaan zaman yang kita diserang dari seluruh penjuru dunia,maka kenapa tidak layak untuk saya memilih salah satu daripada penyebab besar kekeliruan akidah ummat?

Sabar,saya tidak semberono mengeluar kenyataan.

Menurut saudara Nizam Mahshar,Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia,ketika menjawab soalan yang diajukan kepada beliau dalam satu forum umum "Murtad,Punca dan Penyelesaiannya",(anjuran Islamic Propagation Society International/IPSI),Islam Liberal dan dakyah-dakyah mereka merupakan salah satu penyumbang besar kemurtadan dan kekeliruan akidah ummat Malaysia.

Sama sahaja bagi saya Liberal,Plural,Inklusif,Progresif,berilah sejuta nama sekalipun,selagi mana maruah Islam itu dicabar,maka ianya menghina maruah agama ini,yang dibumikan daripada pemilik segala jadian dan hidupan.

Maka waspadalah sahabat.

Tolak ansur bukan bermaksud menjual jatidiri.

Islam itu tinggi,dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

shazlee shah azeman
ara damansara

2 comments:

scOotBerry said...

ape maksud islam liberal..?

shazleeshahazeman said...

Islam Liberal adalah suatu fahaman bahawa Islam itu perlu di"liberal"kan.

Bermaksud,perlunya pentafsiran baru akan Al-Quran,sisi baru dalam melihat hadith nabi dan sirah.

Masalahnya "cara pandang yang baru" ini kebanyakannya menolak tafsiran2 yang sejajar dgn tafsiran para sahabat nabi,juga pandangan ulama2 ahli sunnah wal jama'ah.

mungkin intan boleh fhm dgn membaca artikel sonnet 18 yang seblom ni,yang mana ada pihak yang menafsir ayat "la ikraha fid din' dgn tafsiran yg semberono.

juga contoh lain Nurcholis Madjid cendekiawan Indonesia yang mengatakan "semua agama adalah sama",ini pula merupakan teori Islam Plural.

Biasanya,penganut Liberalisme ini juga adalah penganut Islam Pluralis dan Inklusif.

Soalnya,apakah Islam Liberal,Plural,dan Inklusif ini masih lagi Islam?