Thursday, January 6, 2011

Kamu Makhluk

Pegang dadamu dan bisikkan dalam-dalam ke dalam akalmu:apakah warna hatimu?

Dalam kau bernafas,dan bila langkah-langkahmu membebas,dan kata-katamu dilepas,kau berdosa.Ya,kau pasti berdosa.

Kerana kau manusia.Kau bukan malaikat yang suci.Kau manusia yang sekejap-sekejap lupa,sekejap-sekejap cinta.Pandanglah jauh ke dalam dirimu,aku yakin,kau akan berjumpa silap yang kerap-kerap sampai salah yang sekejap-sekejap.Daripada onar sekecil-kecil sampai makar sebesar-besar.Kau berdosa.Tuntas.

Lalu apa buatmu?

Istighfar.Kata nabimu:

Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.

Istighfar,dan lepaskan semua belenggu di jiwamu.Banyakkan zikirmu,kuatkan ibadahmu.Langitkan rindumu dan buang jauh-jauh semua kepungan bangsat berupa hasad,riya dan ujub yang menjadi pengganggu ikhlas dalam dirimu.Kamu sesungguhnya tidak mampu menyelamatkan diri daripada berdosa,namun kamu itu berhak memilih bertaubat atau menjadi khianat.

Taubatlah,teman.Istighfarlah.

Kamu itu makhluk.Kamu diciptakan.Kamu tak mampu bertahan sekejap tanpa udara yang percuma diberi Tuhan.

Lalu,bila habis semua itu,akan datang tenang di jiwamu.Lalu peganglah kembali dadamu dan bisikkan dalam-dalam ke dalam akalmu:Sekarang apakah warna hatimu?






5 comments:

Cik Faz said...

buat saya terfikir kembali.
apa warna hati.
terima kasih.

shazleeshahazeman said...

kembali.
dan jangan lupa doakan aku.

Edy G-Minor said...

tazkirah di sini mmg best. lagi-lagi lepas subuh. MasyaAllah, syahdu.

Siti Zafira said...

Terdiam saya dijadinya. Kemudian perlahan merenung silam.

Terima kasih atas nasihat penuh indah.

shazleeshahazeman said...

guys.terima kasih.
doakan aku sekali.