Wednesday, March 2, 2011

Semerbak Syukur Kasturi





Di satu sudut di Jonker Street,terletak Makam Hang Kasturi.

Putih.Sangat.

Di sana,terlihatlah Makam Kasturi yang memutih.Sangat putih.Dan telah hilang gemerlap sinar seorang Pahlawan Melayu ditelan kemeriahan jalan berniaga orang Cina yang padat.

Hei,namanya pun Jonker Street.Sesak.

Makam Kasturi,terbangun dengan binaan batu yang memutih.Lalu di situ terdapat pintu gerbangnya dan besar pula strukturnya.Sebenarnya,suasana sekelilingnya lebih kepada suram,bukan rindu.Mungkin kerana aku bukan betul-betul mengenal Hang Kasturi,dan tidak pernah membaca khusus mengenainya melainkan fakta yang dia salah seorang daripada lima.

Oh,bukan itu sebenarnya ceritanya.

Dalam aku melawat Pak Kasturi,datang seorang orang Putih.Kelihatan seperti dari Australia.

"Hai.Apa salah jika aku melawat di sini,teman?" kata Orang Putih.

"Oh,kau juga manusia.Kau setara dengan semua."

"Oh,kerana sebelum ini pintunya selalu berkunci.Siapa yang menghuni di sini?"

"Dia Kasturi.Salah satu daripada lima."

"Oh,apa boleh aku menyusun sembah dan meminta ketenangan darinya?"

Adikku bingkas, "Dia bukan Tuhan.Dia tidak menghidup dan mematikan."

Orang Putih berkerut.Dia membetulkan, "Tidak teman.Apa molek jika aku hanya melawat,dan bertanya khabar padanya?"

"Kalau yang itu apa salahnya.Apa yang salah jika mahu menyapa."

Dan kami lantas meninggalkan Makam Hang Kasturi selepas mendoakan kesejahteraannya.Menyusup masuk kedalam sesak manusia.

Dalam itu,aku mengalih jeling kembali kepada makam tadi.

Ternyata,sungguh kasihan.

Sungguh kasihan melihat orang Putih tadi kemas menyusun sembah dan memejamkan matanya.Seolah-olah Kasturi adalah Tuhan dan dia hambanya.Wajahnya seperti sedang sangat khusyuk,tenggelam dalam dunianya.

Sungguh,kasihan melihat manusia yang keliru.

Allah,kalaulah tidak kau mencampakkan tauhid dalam dada-dada kami,bagaimana?

Bagaimana agaknya kalau tiada hidup selepas mati?Bagaimana agaknya kalau tiada syurga yang menanti?Bagaimana agaknya kalau kami tidak bersyahadah,dan jiwa tidak terisi?

Aisemen.

Dalam setiap saat yang susah dan berat,kami ada Tuhan yang kami boleh berdoa padaNya.Jiwa yang rapuh ini sangat memerlukan perasaan tidak berseorangan,dan dengan Tauhid,kami percaya,yang Kau selalu ada.Di saat susah dan pada waktu-waktu bahagia.Lantas kami merasakan sangat cukup,walau melarat dalam hidup.

Di hadapan Makam Kasturi,pada waktu Allah meneladani;sungguh,terima kasih Tuhan.Sangat.




4 comments:

Zafira said...

Maaf. Pengkisahan yang menimbulkan keraguan.

Maksud saudara, jika tiada wujudnya ketauhidan dalam diri saudara dan muslimin muslimat yang lain, kita akan setara dengan 'manusia asing' tersebut?

Sebelumnya, adakah kisah ini kisah benar? Maksud saya, wujud benarkah saudara disapa lelaki tersebut?

Banyak lagi yang menimbulkan keraguan saya namun saya kira saya memerlukan jawapan kepada soalan di atas dahulu, barulah selesa melanjutkan pertanyaan lain. Terima kasih. :)

shazleeshahazeman said...

Salam zafira.

1)Ya,benar.Kebenaran itu pula bukanlah atas konotasi "tanpa tauhid kau keji",tapi sebenarnya lebih menjurus "alhamdulillah,terima kasih Tuhan atas iman ini." Saya,dan juga anda;percaya akan hari kemudian.Di hari kemudian itu nanti yang diterimanya Allah cuma satu cara hidup yaitu Islam (dan agama-agama para nabi yang sebelumnya sebelum dipesong) berdasarkan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 19 berbunyi : Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

2.Ya benar,saya memang disapa lelaki itu.Cuma saya tukar dialognya kepada bahasa melayu dan dengan intonasi yang sedikit berbeza.tapi tetap,isi bicaranya,dan apa yang saya lihat itu memang benar.

lagi? : )

jhnrdzi said...

Like.

Eni said...

Terbaik.