Friday, September 9, 2011

Hidayah


Umar Al-Khattab meluluh. Jiwanya tercerah dan sangat tersuluh.

Mulanya tidak.Mulanya dia membentak.Terdengar adiknya Fathimah Al-Khattab memeluk Islam,dia menjadi malu dan terpuncak geram.

Lantas dia menggegas. Menyusun langkahnya kemas. Menuju ke rumah adiknya,ingin tahu apa yang Fathimah percaya.

Dari luar terdengar Fathimah sedang membaca Al-Quran, Umar yang marah menjadi kebingungan.

"Apa sahaja yang kau bacakan? Biarkan aku melihatnya!"

Fathimah takut-takut. Namun kehendak abangnya tetap diturut.

Lalu Umar melontar:

"Taa’ Haa..."

Umar memusat tumpu.

"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan..."

Umar menjadi bisu.

Selesai penghujung bacaannya, Umar Al-Khattab meluluh. Jiwanya tercerah dan sangat tersuluh.

"Ini bukan kalam manusia. Muhammad itu bukan pujangga."



Dia menjadi terhidayah.






6 comments:

Edy said...

MasyaAllah.

Sungguh Tuhan itu Maha Pengasih. Memberikan hidayahNya pada siapapun yg dikehendakiNya.

tulisan ini buat hati aku terluluh juga. Serius.

Syabas, sahabat.

shazleeshahazeman said...

Allah.

Moga kita terus terhidayah akh.

Mutiara Bernilai said...

salam alaik,
Saya baru-baru sahaja membelek dan menyinggah di blog ini. Ya, takdir Tuhan juga yang menemukan.

Tapi kenapa ya,
bila saya melintasi baris-baris nama link teman dan saudaramu, ia mengingatkan saya tentang Semesta. Adakah kemungkinankah kamu dari sana juga? Ajlaa, Neng, Khalili, Dayana..its sound familiar to me..atau mungkin saya tersilap tafsiran rasa sahaja. :)

Apa pun, terima kasih atas untaian kata yang indah di blog ini. InsyaAllah, kamu sudah punya hujah di 'sana', kerana membuatkan saya mengingati Dia ..hamdallah

shazleeshahazeman said...

cik mutiara bernilai,apakah kita berada di sekolah yang sama?

hehs.

thx,doakan saya.

Mutiara Bernilai said...

oh, baru terperasan.-->Muhammadblack.

black ke?

sy tak ingat muka, tp sy hanya ingat nama tu ada ms sy blaja situ dlu..

sy extremers. :)

shazleeshahazeman said...

oh?biasenye org igt muke,tak igt name.hehs.

ye black.

extremers yang namenye rahsie ke?

; )