Tuesday, December 9, 2008

Saya Pernah Bercinta

Salam'alaikum.

Kisah Cinta

Saya pernah bercinta.Sekurang-kurangnya saya berasa seperti pernah bercinta.Ya,ada gadisnya,ada perasaannya,ada medium komunikasinya (surat/sms).

Saya bersemangat mencari cinta ketika di sekolah.Saya melakukan macam-macam.Saya cuba menarik perhatian gadis yang pernah saya 'cinta'.Saya sanggup berhabisan wang dan masa.Saya canangkan 'kisah percintaan kami' pada rakan-rakan lain.

Kehidupan saya di sekolah,memang selalu memikirkannya.Saya bahkan pernah mencipta lagu (bukanlah sesedap mana bunyinya) untuk gadis itu.

Pedoman Cinta Al-Quran

Dulu,saya berasa kekosongan.Saya mahu diisi dengan cinta,dengan sayang istimewa.Berterusan selepas itu,gadis-gadis datang dan pergi dalam hidup saya,dan walaupun saya tidaklah bercinta dengan 'percintaan fahaman masyarakat',namun saya tetap terkesan dengan hubungan-hubungan ringkas,berasakan hati pernah terpalit dengan cinta-cinta menghias.

Allah Subhana Wata'ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 165:

وَالَّذِينَ ءَامَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
"adapun orang-orang yang beriman,sangat cinta kepada Allah."

Saya terkesan dengan ayat ini ketika serang sahabat membicarakan mengenainya.Bagaimana hati ini dapat menjadi pencinta yang jujur kepada Allah subhanawata'la,seperti yang hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman.Dan,mulanya saya sekadar bersahaja beranggapan bahawa cinta saya terhadap gadis-gadis pasti takkan melebihi cinta saya terhadap Allah.

Soalnya,bagaimana mengukur cinta terhadap gadis-gadis,dan bagaimana pula mengukur cinta terhadap Allah?Akhirnya saya (dan pasti sesetengah daripada anda juga)tenggelam dalam suatu keadaan mengelirukan.Sedang Allah menyuruh menundukkan pandangan sewaktu melihat wanita,sedang suara wanita adalah aurat,sedang berkhayal yang bukan-bukan adalah maksiat,ketika itu kita juga sedang mencintai Allah.Mana mungkin?Tiada logiknya di situ.Biar kita cuba mencari di mana jua,kebathilan dan kebenaran tidak mungkin disekalikan,apatah lagi dimesrakan dengan alasan-alasan tertentu.

Menuju cinta yang lebih benar


Ayuh sahabat-sahabat,terutama yang kononnya percintaan sebelum nikahnya mendekatkan dirinya kepada Allah.Sedarlah itu hanya angan kosong tanpa makna,dan petanda syaitan berjaya menguasai jiwa.Mari menuju cinta Allah.Mari membersihkan hati daripada cinta selain Allah.Doakan saya juga berjaya dalam pencarian ini.

5 comments:

scOotBerry said...

hmm..
mcm mane ek aku leh terjumpe blOg kO..
aku pOn pelik..hehe~

shazleeshahazeman said...

weyt.hai.

haha,ko search keyword ape ni?

heh.thx for dropping by.

salam.

scOotBerry said...

sile2 la update blOg kO eh..
nnt aku akan menrajin kan diri aku melawat blOg kO eh..
aku link kan blOg kO ngan blOg aku k..
wasalam..

Hadi Mahdi Muhtadi said...

salamz. sorry bebz. a very frank & strght 4wrd 'confession' & 'conclusion'. da conclusion was tremendous. ia 'membunuh'. seriously. it was inspirational 4 me-emotionally & ideally. tq man.
Arios

shazleeshahazeman said...

hanya Allah yang memberi ilham.

jazakaLLAH.

doakan ana stay istiqamah bro.