Friday, December 18, 2009

Aku Yang Mula Rebah

Aku yang mula rebah
mencari-cari nafas
siapa yang dipanggil khalifah
dalam diriku.

Aku yang mula tewas
sengaja melupakan setiap hikmah
dan bayu dingin yang menyapa ketenangan jiwa
tatkala cinta Tuhanku membugar.

Aku yang kononnya tegar
hanya seorang pacar
membelangkasi kehinaan dan onar
menyenangi kejahatan dan makar.

Aku yang mula rebah
Tahu jalan kembali bangkit
Tahu jalan kembali segar
Adakah aku mahu?

"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya ?..." (As-Sajdah: 22)


shazlee shah azeman
kosas
18 Disember 2009

No comments: