Saturday, May 1, 2010

blog aku yang dulu

salam'alaikum.aku mmg tak istiqomah,aku tau,takyah susah2 nak tau aku.hehs.

ni,dulu aku ade blog.frenster punye.ade lah beberapa sajak aku kat sana.bukanla macam mahal sangat sajak aku tuh,tapi aku rase penting plak untuk aku simpan.kan?

ok yang ni tajuk die 'Rindu'.ni aku buat masa family aku memule gi thai dulu.

Rindu
February 2nd, 2006 by akar
Satu hari datang berita

Berita dari langit kata mereka

Dalam cemas aku bertanya

Adakah aku bakal mangsanya

Berita datang bawa gembira

Kalau gembira kenapa ku duka

Hadapan mereka aku berjeda

Konon hidup takkan sengsara

Berita ini kejamkah?

Berita ini baikkah?

Kalau kejam kenapa mereka berwajah indah?

Kalau baik kenapa aku dan mereka terpisah?

Baik sebenarnya, lembut kata hatiku

Ada hikmahnya, misteri kata imanku

Sabar jawabnya, akal mengajar kepada rinduku

Senyum sahaja, teringat aku ilmu dahulu

Moga-moga aku mampu hadapi kehilangan ini

Harap-harap aku boleh melangkah lebih tinggi

Dengan takut,dengan mimpi,dengan cinta dari Illahi.


haha.klaka pon ade aku bace balek.

2 comments:

Anonymous said...

sangat c0ol.
seronok dapat bace.
sesuai untuk puisipendek.blogspot.
cube ltk kat situ puisi ni.

shazleeshahazeman said...

haha.i'll try.