Wednesday, May 19, 2010

Imam Ghazali Masih Hidup

Imam Ghazali itu masih hidup.Terlalu banyak perkataan-perkataan dan tulisan-tulisannya yang diulang-ulang hingga ke saat ini.Seolah-olah masyarakat masih terdengar suara Hujjatul Islam pada setiap ketika.

Ternyata kebijaksanaan Imam Ghazali dalam 'memanjangkan' umurnya memberikan manfaat kepada dunia.Dia hidup melebihi umurnya,melangkaui zamannya.Masih lagi berpahala walaupun sudah lama meninggal dunia.Kalau dimatematikkan,Imam Ghazali meninggal pada tahun 1111 masehi,sudah 899 tahun.Namun semua karyanya masih tetap relevan hingga ke hari ini.

Mengagumkan,ketika segenap lapisan masyarakat membicarakan bagaimana membina kehidupan sempurna,beberapa tokoh-tokoh Islam mengejarkan kematian yang sempurna.Memang menakjubkan sekali potret kehidupan seorang insan yang beriman.

Kalau kita meneliti sejarah,kita akan dapati beberapa tokoh Islam yang tegar mencipta pelaburan amal yang akan terus subur walaupun selepas meninggal dunia.'Akaun pahala';yang selalu kita gelarkan ini menjadi pelaburan yang paling dikejar oleh mereka yang mempunyai kesedaran mata hati.

Sayyidina Umar dan Abu Bakar yang memulakan pembukuan mushaf Al-Quran,bersama beberapa sahabat penulis wahyu seperti Zaid bin Tsabit.Bayangkan pahala yang dikecapi mereka tatkala jutaan manusia pada saat ini yang membaca Al-Quran melalui mushaf.Juga Sayyidina Uthman yang menganjurkan satu bentuk tulisan(rasm) yang seragam sesama masyarakat Muslim.Juga bagaimana Sayyidina Muawiyah bin Abu Sofian yang mengarahkan diletakkan tanda baca dalam Al-Quran yang dilaksanakan oleh sahabat Abul Aswad Ad-Dualy;termasuk beberapa penambahbaikan tulisan-tulisan seterusnya.Bayangkan betapa banyak 'masukan pahala ke dalam akaun pahala' mereka.

Banyak lagi.Imam Bukhary dan Muslim membukukan hadith-hadith sahih,Imam Ghazali yang memahai falsafah Islam,Al-Khawarizmi yang pakar dalam bidang matematik,dan seterusnya.

Mereka inilah yang merupakan genius-genius akhirat yang direzekikan Allah agar menjadi contoh kepada setiap jiwa yang beriman.

Sesungguhnya kehidupan ini terlalu sia-sia untuk kita hanya berusaha ke atasnya semata-mata.Selayaknya sepenuh potensi diletakkan atas usaha-usaha membesarkan 'akaun-akaun pahala' masing-masing.
Sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Jelas yang berguna setelah kematian hanyalah ketiga-tiga ini.Berusahalah atas sedekah yang terus-menerus memberikan bakti,berusahalah atas ilmu yang terus diulang atau dibaca,dan berusahalah atas mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.

Berusahalah teman-teman,atas seni kematian yang paling indah.Yang terus bercambah walaupun sudah mati.Moga anda mati sebagai seorang pemenang.

shazlee shah azeman
ara damansara
19 May 2010

4 comments:

Anonymous said...

inspirational.
so penulisan itu sebenarnya adalah sebenarnya membina mesin masa untuk 'bertemu' peradaban di masa depan la ye

shazleeshahazeman said...

hehe.anda boleh kata begitu.tapi kalau imam ghazali ni,penulisannya seolah2 tepat pada semua peradaban yang pernah dilaluinya.

traveller said...

Aslm wbt akhi,

MashaAllah, enlightening indeed.

Mungkin penulisannya hidup kerana ia berkisar tentang kefahaman islam yg sememangnya 'hidup' & selari dengan fitrah. Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil azheem.

Akhi, mohon share dengan kami biodata imam al-Ghazali (jika tidak keberatan) kerana mungkin boleh kita teladani akhlaqnya atau cara beliau di didik sehingga digelar 'hujjatul islam'.

Jzkk...

Wallahua'lam
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

perempuan itu said...

imam ghazali..tokoh islam yang perlu dikagumi. is a must!