Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan,Hujungnya

Dalam malam yang bening
dan pagi yang hening

Dalam sujud yang hina
dan hati yang hamba

Dalam doa yang dalam
dan dosa yang silam

Dalam taubat yang sungguh
dan azam yang kukuh

Dalam sepuluh yang terakhir
dan seribu bulan yang hampir

Air mata menjadi begitu murah
Bila sukma sudah mahu berpasrah

Maka apabila hati digenggam rindu
Kau mengherdik pada nafsu
Pada diri yang keliru
Dan sifat yang melulu

Dalam sepuluh yang terakhir
Dan seribu bulan yang hampir
Seorang Muslim menjadi cair
Akibat cinta Tuhannya yang mengalir.

3 comments:

Teman said...

ah, permainan kata yang mengajak-ajak.
alhamdulillah.. =)

Jef Hadi said...

tak perlu tunggu ramadhan tu datang sebenarnya. tapi itulah, bila bulan mulia ni datang, baru sibuk nak atur date dengan tuhan. <<<(ini monolog sendiri)

chantek ayat tu bro!

shazleeshahazeman said...

hahah.thanx sastraboy.

aih.lame btol tak hapdet.

(segan-segan malu)