Monday, March 30, 2009

Percayalah,Jalan Ini Benar

salam.

lame betul saya berehat,setelah menyangap.huhu.

afwan,ada beberapa perkara yang perlu saya pentingkan.

Kassim Ahmad,Zainah Anwar,Nurcholish Madjid,siapa sahaja yang sebaris dengan mereka.

Selalunya mudah menganggap Rasulullah itu tidak ma'sum,seorang manusia tanpa martabat,dan tidak jujur sepenuhnya dalam menyampai wahyu Allah.

Kassim Ahmad,tokoh golongan ati-hadith di Malaysia,dalam salah satu bukunya,Hadith:Jawapan Kepada Pengkritik telah mengatakan dalam AlQuran telah tertulis La Ilaha illaLLAH,sedang hadith menambah Muhammadur RasuluLLAH.

Salah satu daripada 20 hujjah golongan anti-hadith ialah bahawa apabila mengikut hadith,maka seseorang itu telah menyengutukan Allah,sedang Allah berfirman:

Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah ? [al-An’aam 6:114]


Jelas,masalahnya sebenarnya selain ketidakikhlasan dalam pencariannya,Kassim Ahmad mungkin tidak benar-benar memahami Al-Quran.

Sebenarnya,apabila seseorang itu berhakim kepada hadith,maka sebenarnya dia telah redha dengan hukum Allah.Mungkin akibat kurangnya kajian,maka golongan anti-hadith terlupa akan ayat-ayat berikut:

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. [an-Nisaa’ 4:64]

Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka yang memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). [al-Fath 48:10]

Percayalah,teman-teman.Ini dan ini sahajalah jalan yang benar.Ikuti sunnah rasulmu,dan kitab tuhanmu.Pasti kau tidak akan sesat buat selamanya.

Say (O Muhammad to mankind): "If you (really) love Allah, then follow me (i.e. Muhammad), Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.'')Say: "Obey Allah and the Messenger.'' But if they turn away, then Allah does not like the disbelievers.)[Aali-Imran:31]

Thursday, March 5, 2009

Menyangap.

Siapa dia
Yang bakal kudakap
Penuh cinta dan rindu.

Siapa dia
Yang akan kucemar dahi sucinya
Dengan kucupan seorang suami
Penuh kasih.

Siapa dia yang bakal kupujuk setelah rajuknya
Siapa dia yang bakal kudukung setelah sadungnya

Penuh berahi?
Mungkin.

Yang nyata,akan kucinta dia
Dengan cintaan luar biasa
Seorang manusia biasa.


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. Surah Annuur:26

Wednesday, March 4, 2009

Tidak Lagi Istimewa

Salam.

Berbahasa Melayu,biar malar segar.

Islam Plural,sejenis fahaman yang umumnya menggunakan ayat alBaqarah:62 sebagai hujah bahawa semua agama yang wujud,jika matlamatnya hanya beriman kepada Tuhan langit,tidak kira Allah,Yahweh,atau Jesus dan segala konsep trinitinya,maka halallah syurga untuk mereka.

Al-Baqarah:62:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."


Dasaran mereka pada asasnya,siapa sahaja orang itu,jika mereka beriman kepada Allah,beramal soleh,dan percaya kepada akhirat,maka pahala untuk mereka.Agama apa sekalipun,syariat mana sekalipun.

Budhy Munawar Rachman,seorang penegak Islam Plural Indonesia,menyatakan secara sinis:

"...Tetapi anehnya,mayoritas komentator Muslim dengan sia-sia telah berusaha untuk tidak menerima maksud yang jelas dinyatakan kedua ayat tersebut,bahawa keselamatan seseorang di akhirat sebenarnya hanya tergantung pada tiga hal:(1)apakah ia percaya kepada Allah,(2)apakah ia percaya pada hari akhirat(adanya pembalasan perbuatan baik dan buruk),dan (3)apakah ia melakukan pembaikan kepada sesama umat manusia.Jadi bukan pada apa agama formalnya!"


Pertama,golongan ini menyederhanakan perkataan "Allah" dengan Tuhan Langit,siapapun dia.Asal sahaja Tuhan itu adalah The Divine God,maka ianya adalah Allah.Walhal banyak sekali dalil-dalil yang menyebut tentang ciri ketauhidan Allah.

Al-Ikhlas:1-4

"Katakanlah (wahai Muhammad:"(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"."


Cukup berbeza Allah dengan tuhan-tuhan yang mereka sembahkan.Saya tidak mahu mengulas konsep ketuhanan agama lain di sini.Cuma jelasnya,Allah itu tidak sama dengan konsep-konsep ketuhanan yang dihadamkan oleh penganut agama-agama lain.Tidak beranak,dan tidak pula diperanakkan.

Kedua,tafsiran sesuatu tulisan secara logiknya yang paling tepat adalah difahami penulis tulisan tersebut.Dalam konteks Al-Quran,adalah daripada Allah,lantas yang lebih benar tafsirannya adalah yang diwahyukan Allah kepada Rasulnya,yang kemudian mengiktiraf tafsiras-tafsiran daripada Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud RadiaLLAHuanhuma.

Ibnu Kathir,yang mengambil dari kedua sumber ini,dan yang sahih selainnya,menulis, (dari sumber ini)ayat ini menerangkan bahawa setelah ayat terdahulu Allah menullis ancaman mengenai orang-orang yang mendustakannya,maka ayat ini memberikan janji kebaikan Allah untuk mereka yang terdahulu menerima wahyu sebelum ini (kaum Nabi Isa dan Musa),yang kekal dalam mentauhidkan Allah,dan beramal kebaikan akan selamat di akhirat;bukan Yahudi dan Nasrani yang telah mencairkan keesaan Allah.Seperti dalam Surah Yunus:62

"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."


Terakhir,apakah Islam itu masih lagi istimewa jika dipluralkan dengan agama-agama lain?Jelas,setiap insan berpegang atas kekuatan dirinya,dan menerima kekurangan dirinya,yang menjadikan dirinya "istimewa","berbeza" daripada manusia lain.Kita memerlukan perasaan ini.Merasa lain.Tidak sama.Menjadikan kita jelas,sahih seorang manusia.

Agama yang mengiktiraf kebenaran agama lain,pada saya agak kurang keyakinan dalam pegangannya,dan konsep-konsepnya,menjadikan tiada tarikan padanya,tidak lagi istimewa.

Panggil ini psikologi,bicara rohani,apa sekalipun,dengan hidayah Allah,Dia yang tidak beranak dan tidak diperanakkan,yang jiwa kita berada dalam genggamannya,saya percaya,dengan hidayah Allah;anda juga yakin saya bercakap benar.

shazlee shah azeman
ara damansara

Menjadi Seorang Abang

Salam.

Telah aku teman adik perempuanku ke ESQ pada Ahad lepas di Penang.

Dalam perjalanan pulang pada malamnya,beliau telah menghadiahkanku dengan beberapa bait SMS:

salam abg.terima kasih bnyk2 snggup dtg dan tman akak mase training tad.sesungguhnya,abg anugerah terbaek dari Allah. doakan smga kta semua mndapat hdayah daripadaNya.amin.


Aku,sungguh,cair.

Aku,sungguh,terasa seperti telah menjadi seorang abang.

Terima kasih Tuhan.

shazlee shah azeman
ara damansara