Dalam beberapa hari ini,anda pasti telah atau akan menerima sms mengenai produk-produk yang sepatutnya anda jauhi agar tidak menjadi sekutu Israel secara tidak sedar.Pasti anda merasakan kesukarannya melakukan itu semua,apatah lagi secara drastik.Apa lagi dengan keperluan menghafal jenama-jenama yang perlu diboikot,agak banyak juga bukan?
Boikot atau pemulauan,penting untuk dihidupkan.Saya berpendapat ini adalah kerana 2 faktor,yang pertama untuk jangkamasa panjang,menguasai ekonomi adalah salah satu jalan kemenangannya.Yang kedua,kerana amat penting bagi kita muslim,untuk mewujudkan syi'ar,atau menzahirkan kebencian dan pembantahan atas apa yang dilakukan ke atas saudara-saudara kita.
Israel itu telah tanpa segan silu melakukan pembantaian ke atas Muslim di Gaza.Lantas kebencian ini perlu dihidupkan.Kepedulian,keprihatinan,kecintaan,perlu dizahirkan.Rasulullah bersabda:
Sabda Rasulullah s.a.w. : "Siapa yang tidak mengambil berat akan hal ehwal umatku, maka dia bukanlah dari kalanganku"
Sejauh mana pemboikotan ini?Saya menjadi bosan kerana saban era pembantaian,produk-produk ini diiklankan untuk diboikot,namun tidak pernah lagi terdengar berita akan impaknya kepada syarikat-syarikat penjual.Lebih mengerikan,iklan-iklan boikot ini bermusim,dan tidak kekal lama.Beberapa masa nanti pasti iklan-iklan ini akan bersaing hangat dengan berita-berita yang 'penting' lain,sebagai contoh artis Norman Hakim dan Memey,Datuk Siti dapat hadiah jam,dan yang senada dengannya.
Lantas bagaimana?
Saya menyarankan agar kita perlu lebih fokus dalam pemboikotan.Pilih satu-satu barangan yang perlu diboikotkan.Contohnya,dengan mengadakan Kempen Boikot McDonalds,atau Benci Kopi Starbucks dan sebagainya.Jenama-jenama ini hendaklah dipilih dengan berfokus,terarah,dan memusat,agar dengan tepatnya barangan-barangan ini diboikot.
Dengan itu,sasaran pemboikotan itu jelas,dan alternatif produk itu akan lebih banyak diwujudkan.Sebagai contoh,di Malaysia kita ada Radix Fried Chicken untuk menggantikan McD barangkali.Kita juga ada ratusan kedai-kedai kopi yang tarafnya setanding dengan Starbucks,seperti Old Town White Coffee,Kopitiam,dan banyak lagi.Kalau pemboikotan ini menumpukan kepada,contohnya,hanya Starbucks sahaja,maka pasti alternatif kedainya akan lebih banyak diwujudkan,iklan-iklan dan promosi pemboikotannya akan lebih mudah dijalankan,dan yang lebih penting,matlamat utamanya,iaitu pembangkitan syi'ar Islam berupa kebencian dan ketidaksetujuan kita akan berjaya dicapai,ekoran kemuflisan Starbucks,contohnya.Pastinya di dada-dada akhbar serata negara (dan dunia mungkin) akan tertulis: Kemarahan Ummat Islam:Starbukcs Jatuh Rugi Nah,alangkah indahnya jika kesatuan ummat ini dapat dijelmakan hingga sedemikian rupa.Akan tampak jelas,betapa dunia Islam amat berang dengan tindakan Israel.
InsyaAllah,ini cuma saranan saya yang jahil.Mungkin anda mempunyai idea yang lebih bernas.Kongsi bersama saya.InsyaAllah,bersama,kita mampu mengangkat martabat ummat.
InsyaAllah.
muhammadblack
16 Januari 2009
ara damansara



